Monday, September 29, 2008

Pemergian buat selamanya

Tanggal 27 sept, 2008 adalah hari yang sedih buat seluruh keluarga kerana pada hari itu, nenek yang tersayang telah menyahut seruan Illahi. Setelah genap 28 hari berada di Hospital, akhiryna beliau pergi jua. Hari Raya tahun ini hanya disambut dengan penuh kesederhanaan kerana masih dalam tempoh berkabung. Kami sekeluarga tetap akan senantiasa mengingati arwah sebagai seorang yang sangat mengambil berat perihal kebahagiaan dan kebajikan seluruh anggota keluarga.. Semoga rohmu di tempatkan bersama mereka yang soleh.. Amin....

Sunday, September 21, 2008

Raya bakal menjelma

Lebih kurang 10 hari lagi, semua umat Islam seluruh dunia akan menyambut 1 Syawal, iaitu Hari Raya Aidil Fitri. Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan kepada pembaca-pembaca blog ini, sekiranya ada post yang mungkin mampu menyinggung perasaan. Saya juga ingin memohon kepada pembaca blog ini sekiranya ada yang sudi memanjatkan doa ke hadrat illahi semoga nenek saya yang masih berada di ICU cepat sembuh. Semoga Aidil Fitri tahun ini memberi kita lebih kebahagiaan. Insya Allah..

Wednesday, September 3, 2008

Semoga Cepat Sembuh

Hari ini sudah empat hari nenek ku berada di hospital. Semalam beliau di pindahkan masuk ke unit rawatan rapi (ICU). Hari ini aku berkesempatan melawat beliau di unit rawatan rapi QEH. Keadaan beliau begitu lemah dan kurang bermaya. Semoga besok, beliau akan bertambah sihat. Insyaallah................

Monday, September 1, 2008

Happy Birthday

Semalam, 31 Ogos 2008 genaplah umurku 34 tahun. Selama bertahun hidup dalam kemerdekaan di tanahair yang aman damai, kadang-kadang terlintas juga difikiran keperitan yang terpaksa ditanggung oleh insan-insan lain yang masih belum dapat menikmati apa erti kebebasan. Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana kita hidup di bumi Malaysia yang indah, tanpa ada dentuman bom, ledakan senapang dan jeritan kepiluan yang.

Walau apa pun, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang masih mengingati dan menghantar ucapan SELAMAT HARIJADI kepadaku. TERIMA KASIH