Wednesday, February 4, 2009

A new beginning

Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2009 kepada semua pembaca blog Inketiau. Terasa masa begitu cepat berlalu dan tanpa disedari tahun 2008 telah pun melabuhkan tirainya. Semoga tahun 2009 lebih bermakna buat kami sekeluarga. Walaupun dengan keadaan ekonomi dunia yang agak kurang stabil, namun kehidupan mesti diteruskan juga. Rasanya begitu lama selepas post terakhir tahun lalu, blog Inketiau begitu sunyi. Bukan kerana malas menulis, tetapi kerana kesibukan tugas maka diari anak-anakku ini telah terbiar buat seketika. Semoga tahun baru ini memberi lebih banyak kebahagiaan dan ketenangan buat kita semua. Insya'Allah......

Photo Collection