Saturday, October 25, 2008

Kopi buat payu dara kecut

Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum. Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

"Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya.

"Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.

"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka."

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada.

-Sumber- Berita Harian 25 Okt 08

Monday, September 29, 2008

Pemergian buat selamanya

Tanggal 27 sept, 2008 adalah hari yang sedih buat seluruh keluarga kerana pada hari itu, nenek yang tersayang telah menyahut seruan Illahi. Setelah genap 28 hari berada di Hospital, akhiryna beliau pergi jua. Hari Raya tahun ini hanya disambut dengan penuh kesederhanaan kerana masih dalam tempoh berkabung. Kami sekeluarga tetap akan senantiasa mengingati arwah sebagai seorang yang sangat mengambil berat perihal kebahagiaan dan kebajikan seluruh anggota keluarga.. Semoga rohmu di tempatkan bersama mereka yang soleh.. Amin....

Sunday, September 21, 2008

Raya bakal menjelma

Lebih kurang 10 hari lagi, semua umat Islam seluruh dunia akan menyambut 1 Syawal, iaitu Hari Raya Aidil Fitri. Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan kepada pembaca-pembaca blog ini, sekiranya ada post yang mungkin mampu menyinggung perasaan. Saya juga ingin memohon kepada pembaca blog ini sekiranya ada yang sudi memanjatkan doa ke hadrat illahi semoga nenek saya yang masih berada di ICU cepat sembuh. Semoga Aidil Fitri tahun ini memberi kita lebih kebahagiaan. Insya Allah..

Wednesday, September 3, 2008

Semoga Cepat Sembuh

Hari ini sudah empat hari nenek ku berada di hospital. Semalam beliau di pindahkan masuk ke unit rawatan rapi (ICU). Hari ini aku berkesempatan melawat beliau di unit rawatan rapi QEH. Keadaan beliau begitu lemah dan kurang bermaya. Semoga besok, beliau akan bertambah sihat. Insyaallah................

Monday, September 1, 2008

Happy Birthday

Semalam, 31 Ogos 2008 genaplah umurku 34 tahun. Selama bertahun hidup dalam kemerdekaan di tanahair yang aman damai, kadang-kadang terlintas juga difikiran keperitan yang terpaksa ditanggung oleh insan-insan lain yang masih belum dapat menikmati apa erti kebebasan. Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana kita hidup di bumi Malaysia yang indah, tanpa ada dentuman bom, ledakan senapang dan jeritan kepiluan yang.

Walau apa pun, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang masih mengingati dan menghantar ucapan SELAMAT HARIJADI kepadaku. TERIMA KASIH

Monday, August 25, 2008

Balik Kampung

Last Friday balik Beaufort setelah beberapa bulan tak balik kampung...Huh..penat driving malam and bawa baby lagi..
- Bertolak dari Putatan jam 7.10pm and dalam perjalanan memang inda boring sebab Nana and Sasha banyak kerenah...Ashraf pula ......TIDUR.....
- Sampai Kimanis ada hutan terbakar, nasip baik ada bomba standby padam api..kalau tidak!!!!!! dekat rumah orang lagi tu.....
- Sampai Beaufort..LAPAR... terus makan..pastu tidur..
- Hari Sabtu pagi, turun tamu beli keperluan untuk buat kenduri sebelah petangnya..Penat juga oh....jam 8.30pagi turun, balik rumah jam 12.30pm...
- Plan buat kenduri lepas sembahyang Asar...tetiba hujan lebat and ribut...Alhamdulillah, jadi juga kenduri..tapi tak berapa ramai tetamu, sebab banyak kenduri kahwin and hujan lebat...
- Malam jam 10pm balik KK....penat tahap gaban...hahahaha...

Monday, August 18, 2008

A hectic day

Today, I went for Nana's appointment at Likas Hospital. OMG, banyaknya orang!!!!! register di pediatric unit jam 11.30am. lepas jam 12.30pm, masih belum jumpa doktor lagi.. laparlah...Makan dululah.... bawa Nana maka di kantin hospital..wah berselera dia makan..lepas tu siap minta beli aiskrim lagi..

Lepas makan masuk balik di unit ped.. masuk ja, terus jumpa doktor. After further examining, doctor confirm yang Nana punya condition sudah improved..Alhamdulillah, lepas ni under observation lagi oleh Hospital Likas.
Next appointment 15th Dec 2008, jam 11.30am..Balik dari Likas jam 2.10pm..Alamak jem teruk sampai KK. stuck dalam jem sampai 3.15pm. Lepas tu pergi tampal tayar kereta... pancit !! Siap jam 4.30pm. Sampai rumah...............tertidur........penat!!!!!!!!!!!!!

Jam 6.30pm, pergi rumah mimi Noor. Tengok mamatua(nenek), sajalah..at least sekali seminggu mesti tengok..Nana & Sasha pun sudah rindu jumpa mamatua & bapatua.. Ashraf pun ikut sekali.
Balik dari rumah mimi Noor jam 10.30pm. Sampai rumah ON komputer, mandi, tulis blog and tidur...besok kerja lagi..

.............................................INILAH KEHIDUPAN HARIANKU........................................